Isnin, 22 Mac 2010

Keburukan Jalur Lebar

Setiap yang baik mesti ada buruknya..Itulah yang seharusnya kita tekankan apabila menggunakan internet.Penggunaan internet tanpa pengawasan bagi kanak-kanak berkemungkinan besar akan menjejaskan pemikirannya yang tidak matang. Perkara ini harus dipandang serius oleh semua pihak agar generasi masa hadapan yang bakal menjadi pemimpin negara suatu hari nanti tidak akan diracuni pemikiran mereka oleh perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Oleh itu ibubapa haruslah mengambil berat tentang penggunaan internet oleh anak-anak mereka..

Kelebihan Jalur Lebar

Dengan menggunakan broadband, kita tidak perlu tunggu lama depan PC sehingga lima minit, semata-mata membuka e-mel apatah lagi hendak ‘download’ bahan. Ia membolehkan kita menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas sehingga 40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem berkeupayaan 56kbps.
Dalam hal data eletronik pula, kesan yag sama boleh diperolehi dengan teknologi kabel yang maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia semakin berubah dengan pelbagai inovasi hasil sains dan teknologi.

Jalur Lebar

Jalur lebar (broadband) adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. Ia berbeza dengan jalur sempit (narrowband); kedua istilah merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi. Contoh yang nyata adalah ADSL, di mana 'suara' dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum ('suara' dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz).

Jalur Lebar Merubah Hidup Saya


Jalur lebar.Penggunaaannya memberikan impak yang sangat mendalam dalam pengetahuan dalam bidang teknologi saya.Ia boleh membenarkan saya mengekses apa sahaja bahan yang diminta.